KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN ( Yahoo Mail)

Perbandingan Antara Signature dan Compose.

  1. Ciri-ciri dan Penggunaan.

Signature merupakan suatu bentuk pengenalan atau maklumat diri yang dibina sebagai satu program dalam sistem ‘yahoo mail’. Signature yang disetkan ini akan digunakan dan disertakan setiap kali emel dihantar kepada seseorang. Signature yang tertera bagi setiap emel yang dihantar berfungsi sebagai pengenalan penghantar malah boleh dijadikan sebagai pernyataan kehadiran seseorang dalam kelas atau kuliah.

Compose adalah ruangan kosong yang disediakan untuk mengarang atau menukil sesuatu seterusnya dihantar sebagai emel kepada kenalan. Dalam compose, anda boleh menyimpan emel yang anda reka di dalam draft untuk digunakan pada masa lain. Selain itu, melalui compose juga, anda boleh melampirkan sesuatu maklumat berbentuk fail dan penerima dapat membaca fail yang dihantar tersebut dengan signature anda tertera dihujung emel tersebut.

2. Persamaan Antara Signature dan Compose :

  • Kedua- dua aplikasi ini terkandung dalam sistem YahooMail.
  • Digunakan semasa proses penghantaran emel dan berguna untuk penerima emel.

3. Perbezaan Antara Signature dan Compose :

Signature :

  • Merupakan aplikasi pengenalan diri dalam sistem’ mail’
  • Disetkan dan kekal dan kekal dalam sistem.
  • Direka pada peringkat awal dalam proses pembinaan emel iaitu sebelum pengarangan teks emel dibuat.
  • Terdapat atau terkandung dalam setiap emel yang dihantar.

Compose :

  • Aplikasi mengarang dan menulis teks emel.
  • Tidak boleh disetkan dan terpadam daripada sistem setelah penghantaran emel.
  • Digunakan secara langsung semasa membuat emel dan menghantarnya.
  • Isi teks tidak kekal lama dan teks untuk sekali penghantaran emel sahaja. Pada emel yang seterusnya, menggunakan teks yang lain.

4. Refleksi

  • Wikipedia.
  • Perbincangan kumpulan.
  • Pemerhatian daripada praktikal sendiri dan pengaplikasian.
  • Pengetahuan sedia ada melalui penerangan pensyarah ketika kuliah.

Perbandingan Antara Forward, Reply, dan Carbon Copy.

  1. Ciri-ciri dan penggunaan.

Forward merupakan suatu aplikasi penghantaran emel yang terdapat dalam sistem emel. Aplikasi penghantaran yang digunakan ialah apabila seseorang ingin menghantar emel yang diterimanya kepada orang yang lain samada tanpa mengubah isi emel yang asal atau membuat sesuatu perubahan pada emel tersebut.

Reply adalah suatu aplikasi dalam sistem emel yang berfungsi untuk membalas emel yang diterima pada pihak yang sama. Teks emel ini dikarang oleh kita sendiri.

Carbon copy ialah suatu aplikasi penghantaran emel yang terdapat dalam sistem emel. Melalui aplikasi ini, emel akan dihantar kepada lebih daripada seorang penerima iaitu kepada beberapa orang penerima. Caranya, dengan menyenaraikan terlebih dahulu nama penerima-penerima emel tersebut. Seterusnya, setelah penghantaran dibuat mereka akan menerima emel tersebut secara serentak.

NOTA MICROSOFT ACCESS

Cara untuk membina pengkalan data

1.Membangunkan sistem pangkalan data menggunakan ‘blank database’

-anda perlu membina sistem tersebut daripada awal(blank datebase)
-kemudian masukkan elemen-elemen yang dikehendaki seperti tables,querles,forms,report dan mengikut keperluan.

2-Langkah untuk melaksanakan

-pertama bina satu fail baru dan pilih dengan klik pada new:blank database yang disediakan pada tetingkap task pane..
-kemudian tetingkap itu akan dipaparkan, tetingkap ini meminta anda menaipkan nama bagi fail data yang akan dihasilkan..
-namakan fail anda sebagai tingkatan 2..
-seterusnya klik butang create bagi membentuk sistem pengkalan data

3.Membuka fail data sedia ada.

-pilih arahan open dan menu file,
-satu tetingkap akan dipaparkan bagi membolehkan anda memilih fail data yang ingin dibuka
-pilih fail data yang diperlukan dan klik butang open,
-selain dari itu,anda juga boleh membuka fail data dengan menggunakan ikon open yang disediakan pada tool bar.

4.Penggunaan table

-Tujuannya bagi membentuk sistem pangkalan data dan menyimpan maklumat mengenai sesuatu perkara,
-klik arahan new dari menu file seterusnya pilih arahan new:blank data base dan task bane,
-namakan fail data anda sebagai maklumat pelajar
-3kaedah bagaimana suatu table dapat dihasilkan iaitu create table in design new,create table,using wizard dan create table by intering data..
-membina dengan dwi klik pada pilihan kaedah yang dikehendaki
-klik ikon new-tetingkap new akan dipaparkan..

5.Cara menggunakan design view

-aktifkan pilihan design view dan klik butang ok,
-tetingkap tersebut merupakan tempat dimana kita akan menaip bentuk table yang akan dibina
-klik pada baris pertama pada lajur pertama yang diwakili oleh field name,taip perkataan no pendaftaraan diruangan tersebut
-seterusnya tetapkan jenis data yang diwakili,kemudian tekan kekunci tab@enter pada papan kekunci anda.
-secara automatik kursus akan dipindahkan kebahagian data type..pada perkataan (aption) taip no id
-bagi operasi kerja no ic mewakili number
-seterusnya hasilkan medan yang kedua hingga akhir bagi mewakili kod/no
-bagi membolehkan operasi selanjutnya dilaksanakan,pastikan anda menyimpan save table yang dihasilkan
-tutup tetingkap table design dengan menekan butang close yang ada disebelah kanan tetingkap tersebut..

6.Cara menggunakan Datasheet view

-masukkan maklumat yang berikut agar membentuk table baru
-namakan sebagai maklumat ibubapa penjaga
-dapat diperhatikan table maklumat ibubapa telah berada dalam senarai table diruangan date base window
-aktifkan table ibubapa dan klik butang open

NOTA ‘KDP’ (BUKU PROGRAM ATAU ‘BOOK FOLD’)

Sebagaimana ‘browser’, pembuatan buku program atau dipanggil ‘book fold’ juga menggunakan windows microsoft word. Setelah anda membuka microsoft words, langkah seterusnya ialah :

  1. Pergi pada ‘page layout’ dan dapatkan ‘page setup’ maka box ‘page setup’ akan terpapar.
  2. Pada box ‘page setup’, tukar ‘oreantation’ daripada portrait kepada landscape. Di bahagian ‘margins’ pula, tukar semua saiznya kepada 0.5
  3. Seterusnya, pergi pada ‘columns’ pada menu ‘format’ dan dapatkan yang mempunyai dua kolum dengan klik padanya.
  4. Kemudian,  anda  boleh  mengarang  apa-apa yang dirancangkan  mengikut prosedur dan turutan dari segi kandungan dan muka surat.

KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN (CARA MEMBUAT ‘BROCHER’)

Pembuatan ‘brocher’ menggunakan microsoft word. Setelah anda membuka microsoft word, langkah-langkahnya :

  1. Pergi pada ‘page layout’ seterusnya box ‘page setup’ akan terpapar.
  2. Pada box ‘page setup’, tukar ‘oreantation’ pada landscape. Di bahagian ‘margins’ pula, tukar semua saiznya kepada 0.5
  3. Seterusnya, pergi pada ‘columns’ pada menu ‘format’ dan dapatkan yang mempunyai tiga kolum dengan klik padanya.
  4. Kemudian anda boleh mengarang apa-apa yang telah dirancangkan.
  • Sewaktu mengarang, pastikan pada page pertama (m/s hadapan) pada kolum pertama untuk muka surat ke-2, kolum dua untuk m/s ke-3 manakala kolum tiga untuk m/s ke-4.
  • Pada ‘page kedua’ pula (sebagai m/s belakang) pastikan pula kolum pertama untuk muka surat pertama, kolum dua untuk m/s ke-5 dan kolum tiga untuk m/s ke-6 iaitu terakhir.

KURIKULUM DALAM PENDIDIKAN

Kurikulum dalam pendidikan merangkumi sistem dan strategi/pelaksanaan.Cara pembelajaran yang terbaik adalah dari pengalaman(pra-praktikum dan praktikal).

“…the curriculum as all the organised and intended experiences of the student for which the school accepts responsibility.In other word,the curriculum is not just the intelectual content of the subjects taught,but also the method used to teach them….”   Ryan and Cooper (1998:233)

Bagi melahirkan rakyat malaysia lengkap dari segi psikologi-sosial pendidikan memerlukan 3 unsur asas yang penting iaitu kognitif,afektif dan psikomotor yang seharusnya menjadi kesan jalinan dalam bidang pembinaan dan penyampaian kurikulum(Hussein,1993)

Perbandingan Kurikulum Di Universiti dan IPG.

  • Kursus Asas
  • Kursus Wajib
  • Kursus Pilihan

Pengisian Kurikulum

  • Pengetahuan-ilmu asas dan khusus
  • Kemahiran- iktisas,belajar,berfikir,berkomunikasi,membimbing,kaedah pedagogi
  • Nilai-amalan nilai murni seperti penyayang,pekerti mulia,amanah,taat,wibawa,ketrampilan,inovatif,patriotik dan daya tahan.

Organisasi Kurikulum

  • Guru dan alam pendidikan-meliputi tadika,sekolah rendah,menengah dan IPT.
  • Sekolah dan pelaksanaan kurikulum
  • Pelajar dan kemampuannya-strateri pengajaran dan pembelajaran
  • Pengajaran dan pembelajaran
  • Penilaian dalam pendidikan-peperiksaan
  • Perkembangan potensi pelajar khas
  • Refleksi dan perkembangan kendiri-kursus dan seminar

Strategi dan Pelaksanaaan

  • Kesepaduan antara teori dan praktikal
  • Keseimbangan antara proses dan produk
  • Penekanan kepada aspek MENGAPA,BAGAIMANA dan APA.

NOTA KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN (Yahoo Mail)

Perbandingan Antara Signature dan Compose

  1. Ciri-ciri dan penggunaan

Signature adalah suatu sistem pengenalan atau maklumat diri yang dibina dalam sistem ‘yahoo mail’ .Sistem ini dibina sebagai tanda pengenalan diri penghantar sebagai satu makluman kepada penerima . Setelah signature ini disetkan seterusnya diaktifkan iaitu disimpan, setiap emel yang dihantar akan disertakan dengan signature tersebut. Signature ini juga boleh digunakan sebagai pengakuan kehadiran  kuliah dan sebagainya .

Compose adalah ruang kosong yang disediakan untuk mengarang dan menghantar emel kepada kenalan yang terdapat dalam senarai penerima. Dalam compose, anda boleh menyimpan emel yang telah anda bina didalam draft dan digunakan pada masa lain.Selain itu,dalam compose juga anda boleh melampirkan sesuatu maklumat berbentuk fail dan penerima dapat membaca fail yang dihantar tesebut dengan signature anda dihujung emel anda.

2.   Persamaan antara signature dan compose adalah:

  • Kedua-dua aplikasi ini terdapat didalam sistem YahooMail
  • Digunakan semasa proses penghantaran dan penerimaan emel

3.     Perbezaan

Signature

  • aplikasi pengenalan diri dalam sistem yahoo mail
  • kekal didalam sistem dan disertakan pada setiap emel yang dihantar.
  • dibuat pada peringkat awal dalam proses pembinaan emel

Compose

  • aplikasi mengarang dan menulis emel
  • boleh dipadam daripada sistem dan hanya bagi satu penghantaran emel sahaja.
  • digunakan semasa menghantar emel sama ada secara individu  atau kumpulan

4.      Refleksi

  • Wikipedia
  • Perbincangan kumpulan
  • Pemerhatian terhadap praktikal dan aplikasi
  • Pengetahuan sedia ada dari kuliah awal

Perbandingan Antara Forward,Reply dan Carbon Copy.

  1. Ciri-ciri dan penggunaan

Forward merupakan suatu aplikasi yang terdapat dalam ruangan emel yang digunakan dalam proses penghantaran emel iaitu apabila penghantar ingin menghantar emel yang diterima kepada individu lain samaada emel tersebut sama dengan emel asal atau diubah sedikit isi emel tersebut.

Reply adalah suatu aplikasi didalam sistem emel yang digunakan untuk membalas emel yang diterima dengan seluruh teks emel  bina oleh kita sendiri

Carbon Copy ialah aplikasi yang terdapat dalam sistem emel yang digunakan semasa hendak menghantar emel,tetapi penerima emel tersebut bukanlah individu sebaliknya secara kumpulan iaitu ditulis dengan beberapa senarai penerima dan penerima-penerima tersebut akan menerima emel tersebut serentak.

2.    Persamaan

Persamaan antara ketiga-tiga aplikasi ini ialah:

  • Terdapat dalam YahooMail
  • Terdapat dalam ruangan compose
  • Digunakan semasa dalam proses penghantaran emel

3.  Perbezaan

Forward

  • Menghantar emel menggunakan emel yang diterima
  • Samaada seluruhnya emel penghantar asal atau diubahsuai

Reply

  • Membalas emel yang diterima kepeda individu atau kumpulan
  • 100% emel yang dibina sendiri oleh penghantar

Copy Carbon

  • Menghantar emel secara berkumpulan
  • Emel diterima oleh senarai penerima secara serentak
  • Samaada seluruh teks emel dibina sendiri atau dari emel yang diterima

4.   Refleksi

  • Aplikasi dan praktikal
  • Pengetahuan sedia ada dari kuliah awal
  • Perbincangan kumpulan
  • Rujukan wikipedia

Perbandingan Antara Yahoo Mail,Yahoo Group dan Blog

Yahoo Mail,satu sistem komunikasi yang berbentuk surat elektronik atau dikenali sebagai email yang menggunakan jaringan internet sebagai pengantara yang dapat menghubungkan sesiapa didunia tanpa batasan asal sahaja individu tersebut mempunyai komputer dan internet.Dalam aplikasi ini juga,pelbagai data termasuk juga gambar boleh dihantar dan diterima dengan pantas.

Yahoo Group ,merupakan sistem perhubungan secara berkumpulan yang memerlukan alamat kumpulan dan email bagi membolahkan setiap ahli dalam kumpulan menerima sesuatu maklumat sama ada berbentuk perbincangan,hiburan atau perkongsian pendapat diterima serentak.Dalam aplikasi ini,seorang individu yang ingin membina kumpulan perlu menjemput dan individu yang dijemput perlu mendaftar atas talian kedalam kumpulan.

Blog ialah satu laman yang dibina oleh pembinanya samaada individu tertentu atau mewakili suatu institusi. Blog-blog yang dibina mempunyai objektif dan maklumat yang pelbagai. Sebagai contoh, blog yang mewakili suatu institusi, terkandung di dalamnya, pengenalan, objektif dan maklumat-maklumat mengenai sesuatu yang diuruskan oleh institusi tersebut.

Terdapat banyak maklumat yang  memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanya makanan, politik, atau berita tempatan  dalam pelbagai blog .Blog yang tipikal menggabungan teks,imej dan pautan ke dalam blog, laman web, dan media lain yang berkaitan dengan topiknya. Keupayaan para pembaca untuk meninggalkan ulasan mereka dalam format interaktif merupakan ciri yang utama untuk banyak blog. Kebanyakan blog umumnya adalah blog teks, walaupun sesetengahnya bertumpu pada sesuatu yang tidak berbertuk teks.

NOTA KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN (Yahoo Groups)

LANGKAH-LANGKAH MENJADI AHLI DALAM KUMPULAN YANG LAIN

Terdapat beberapa cara untuk menjadi ahli bagi kumpulan ‘yahoogroups’ yang lain melalui jemputan mereka:

  1. Apabila menerima sebarang jemputan atau ‘invited’ di Yahoo Mail, buka massage tersebut.
  2. Apabila massage jemputan muncul, klik pada ‘join this groups’
  3. Setelah itu, anda perlu membuat pengesahan dengan menaip semula kata kunci yang diberikan dengan betul. Kemudian, klik ‘join’ -> klik ‘continue’.

LANGKAH-LANGKAH MENJEMPUT ORANG LAIN MENYERTAI ‘YAHOO GROUPS’ ANDA

  1. Pertamanya, masuk dahulu ke dalam web Yahoo Mail dan kemudian Yahoo Group anda.
  2. Pada yahoo groups kumpulan anda, klik pada nombor pendaftaran anda atau nombor pengenalan diri untuk masuk pada ‘yahoo group’ anda.
  3. Kemudian, klik pada menu ‘invite’ untuk menjemput orang lain.
  4. Masukkan alamat emel orang lain samada individu atau beberapa emel di ruangan yang disediakan.
  5. Klik pada ‘submit invite’ untuk pengesahan.

MICROSOFT EXCEL 2003

Langkah-langkah Dalam Penggunaan Microsoft Excel.

  1. Bagi mendapatkan program ‘microsoft excel’, klik pada ‘microsoft windows’ yang terdapat dalam menu programs’ -> double klik pada ‘microsoft excel’.

(2.) Pembelajaran pada peringkat pertama ini tentang cara membuat Akaun Perbelanjaan Harian dengan menggunakan ‘microsoft excel’ :

  • Mulakan dengan kolum ‘bilangan’. Anda tidak perlu menulis nombor satu-persatu, sebaliknya bagi mempercepatkan kerja : tulis ke bawah no. 1 dan 2 -> klik hitamkan kedua-dua kotak nombor -> klik kanan pada kotak nombor dan tarik ke bawah.
  • Sediakan juga kolum tarikh. Seperti tadi, anda tidak perlu tulis tarikh satu- persatu, sebaliknya memadai tarikh untuk sehari dan klik kanan pada box cell tersebut dan tarik ke bawah sehingga selama sebulan atau lama masa yang anda inginkan.
  • Seterusnya, sediakan beberapa kolum untuk item-item perbelajaan. Jika item tersebut panjang, anda boleh menyatukan beberapa kotak cell, caranya: klik hitamkan dua kotak atau lebih -> klik menu ‘merge and center’ yang terdapat di atas skrin /atau: klik menu ‘format’ -> cell -> alignment -> merge cells/ atau: klik kanan pada kotak cell tadi -> format cell -> alignment -> merge cells.
  • Selanjutnya, sediakan kolum duit masuk, kolum duit keluar dan kolum duit baki.
  • Seterusnya tentang teknik pengiraan tambah dan tolak:
    • Mengira jumlah duit keluar: Klik hitamkan/aktifkan kotak cell ‘duit keluar’ atau ( pada kotak ‘jumlah’) -> klik menu ‘auto sum’ -> klik kiri hitamkan pada kotak item-item perbelanjaan atau (item-item yang hendak ditambah) -> klik enter. Jawapan akan terpapar.
    • Mengira jumlah duit baki: klik aktifkan kotak cell ‘duit baki’ -> klik menu ‘auto sum’ -> bawa tetikus pada kotak formula (fx) di atas skrin dan tukar tanda ‘:’ antara dua koordinat iaitu (koordinat duit masuk dan duit keluar) kepada simbol ‘-‘. Jika koordinatnya salah, anda boleh ubah dengan menukarnya kepada koordinat yang betul, taip pada ruang yang disediakan. Pada jumlah duit baki bagi hari kedua dan seterusnya, anda perlu tambah pada ruang formula tersebut : simbol ‘+’ dan koordinat ‘duit baki’ pada hari sebelumnya.

    Untuk copy sheet 1 kepada sheet 2, caranya: Klik pada sheet 2 -> Klik kanan dan tukar nama sheet, contohnya: November. -> pergi ke ‘move to copy’

  • Setelah berakhirnya perbelajaan anda, jumlahkannya pada bahagian bawah bagi setiap item.

(3.) Pembelajaran yang seterusnya tentang Langkah-langkah Membina Graf.

  • Graf ini berdasarkan jumlah akhir perbelanjaan anda bagi setiap item yang dibelanjakan. Tujuannya di sini bagi mengenalpasti perbezaan kadar perbelanjaan bagi setiap item.
  • Langkah -langkahnya:
    • klik ‘insert’ -> kemudian, klik ‘chart’ maka box ‘insert chart’ terpapar. Pilih bentuk dan jenis rajah yang diingini dengan klik padanya. -> Klik next maka bertukar box yang mempunyai menu ‘data range’ dan ‘series’ -> Kembali pada akaun perbelanjaan dan klik aktifkan kesemua box cell (jumlah perbelanjaan) bagi setiap item. -> Klik ‘series’ pada box tadi. Pada bahagian ini, ada name, values dan category. -> Klik kotak kecil di kanan ‘category’ -> Kembali pada akaun perbelanjaan, klik aktifkan (item-item perbelanjaan). -> Pada ‘name’, tulis tajuk graf yang anda inginkan. -> klik next dan pilih di mana anda ingin letakkan graf. -> Klik next dan graf akan terpapar.

(4.) Seterusnya, pembelajaran kita berkisarkan tentang Cara-cara Menjumlahkan Dan Menggredkan Markah-markah Para Pelajar. Langkah-langkah yang diberi berupa formula-formula berkaitan dengan penjumlahan dan pengredan markah pelajar-pelajar :

  1. (Menyatukan dan menamakan ‘jadual gred’) : Klik aktifkan jadual gred -> Klik formula -> name -> define. Pada box yang terpapar, taip ‘jadual gred’. Penamaan ini berguna untuk menggredkan markah-markah pelajar, mengira jumlah pelajar bagi setiap gred yang mereka dapat untuk setiap matapelajaran dan lain lagi.
  2. (Menggredkan semua markah pelajar) : Klik aktifkan box cell yang hendak diletak gred -> Klik menu ‘insert’ -> function -> maka box ‘insert function’ terpapar. Pada ‘category’, pilih Lookup & Reference/Recently Used -> pada ‘function’, pilih V Lookup -> Klik ok maka box ‘function arguments’ akan terpapar. Dalam box ini, terdapat beberapa item yang perlu: Lookup value ( koordinat markah), Table array ( ‘jadual gred’ ), col-index number (‘2’ iaitu kolum kedua pada jadual gred, kolum gred) dan Range lookup (‘True’). Bagi gred untuk markah pelajar seterusnya, seperti biasa, klik dan tarik ke bawah.
  3. (Mengira jumlah pelajar bagi setiap gred untuk sesuatu subjek) : Aktifkan box cell jumlah pelajar untuk sesuatu gred -> Klik menu ‘insert’ -> Setelah box ‘insert function terpapar, pada ‘category’, pilih statistical dan pada ‘function’, pilih countif. -> Setelah klik ok, pada ‘function arguments box’, ada range dan criteria. -> Kembali pada jadual markah pelajar, klik aktifkan semua gred setiap pelajar bagi apa-apa subjek. -> kemudian, bagi criteria, taip gred yang hendak dikira.

Selamat Mencuba !!


Teknik-teknik Microsoft Power Point 2003

1) Teknik Untuk Memulakan Power Point

a) Pilih background yang anda inginkan dengan menggunakan ‘design templates’. Caranya :

-klik ’slide show’ –> klik ‘animation scheme’ dan klik ‘design templates’. Kemudian, klik pada mana-mana rekaan yang anda mahu gunakan.

Anda boleh juga mencipta latar belakang sendiri atau menokok tambah objek pada latarbelakang anda. Bagi anda mempunyai ‘koleksi power point contoh’ umpamanya, bolehlah ‘copy’ bolder atau objek bergerak kemudian ‘paste’ pada power point presentation anda untuk dijadikan latar.

b) Klik pada ‘text layouts’ dan pilih jenis text yang mempunyai ruang tulisan ‘box’ sebanyak dua.

c) Klik pada ‘box’ pertama dan tulis tajuk.

d) Klik pada ‘box’ kedua dan tulis pengenalan diri iaitu nama dan nombor matrik. Jika tidak mencukupi atau tidak ingin menggunakan’ text layouts’ maka boleh menggunakan ‘text box’ yang terdapat pada bahagian ‘drawing’. Klik ‘text box’-> klik pada slide untuk dapatkan box dan tulis.

2) Teknik Menghasilkan Presentation Power Point Yang Menarik.

a) -Klik pada menu ‘new slide’

b) Tulis tajuk kecil dan isi-isi kandungan berkaitan dengan apa-apa yang hendak disampaikan. Caranya : klik ‘page layout ‘ yang bersesuaian-> klik pada box dan tulis maklumat.

c) Bagi menjadikan power point anda lebih menarik, gunakan box yang terdapat dalam ‘autoshapes’. Terdapat banyak pilihan bentuk rajah pada bahagian ‘autoshapes’ yang boleh dijadikan text box. Caranya : klik ‘autoshapes’ -> klik bentuk rajah yang anda inginkan -> pindahkan dengan klik pada slides dan sesuaikan saiznya. Bagi menulis sesuatu didalamnya, klik rajah tersebut dan mulakan penulisan anda. Anda boleh juga menceraikan rajah tersebut dengan teks tulisan anda. Caranya dengan menulis pada ‘text box’: klik ‘text box’ -> letakkannya dalam rajah tersebut dengan klik di dalam rajah-> Mulakan penulisan anda tanpa membesarkan terlebih dahulu text box tersebut. Ini penting bagi mengelakkan text box tersebut hilang.

d) Untuk memasukkan gambar, klik menu ‘insert’-> klik picture-> klik ‘from file’ (untuk gambar yang disimpan dalam komputer) atau klik ‘clip art’. Kemudian clip art box akan terpapar-> klik ‘organize clips’ pada box tersebut dan pilih gambar yang bersesuaian.

e) Kemudian, klik mouse kanan pada gambar tersebut -> klik copy.

f ) Kembali pada slide yang tadi, klik mouse kanan-> klik ‘paste’, maka gambar yang dipilih akan terpapar pada slide.

g) Untuk memasukkan ‘sound’, klik pada ‘insert’ -> klik pada ‘movies and sounds’ -> klik ‘sounds from file atau ‘sounds from clip organizer’. Kemudian pilih sound yang diingini dan klik pada sound tersebut.

d) Seterusnya, bagi mempelbagaikan cara mempersembahkan isi kandungan di dalam presentation, anda perlu menggunakan ‘custom animation’ . Penggunaan ini juga boleh membuatkan objek yang pegun boleh bergerakketika presentation. Dengan menggunakan custom animation, anda boleh mengeluarkan isi kandungan presentation anda satu persatu dan dengan pelbagai cara.

Sebagai contoh: pada mulanya klik ‘Other Task Panes’ di atas box ‘clip art’ tadi-> klik task ‘Custom Animation atau melalui menu, dengan klik slide show -> klik custom animation maka anda akan lihat beberapa ikon ‘custom animation’. Kemudian, klik pada mana-mana kotak tulisan dalam slide bagi mengaktifkan ikon ‘add effect’ -> klik ‘add effect’ dan anda akan lihat 4 pilihan ‘custom animation’, (pilih/klik ‘entrance’= membolehkan tulisan anda keluar secara satu-persatu) -> klik ‘fly in’. Seterusnya, pada ikon ‘modify’, terdapat ikon ‘start’ yang bermaksud (bagaimana anda mahu ia bermula), ‘Direction’ (dari arah mana mahu ia datang samada bawah, atas atau tepi) dan ‘speed’ (tahap kelajuan munculnya yang anda inginkan seperti laju, sangat laju atau sederhana). Jadi, tentukanlah mengikut kehendak dan kesesuaian presentation.

3) Langkah-langkah Untuk Memasukkan Video Klip.

a) Klik new slide, dan seperti biasa tulis tajuk dan isi kandungan dengan klik pada box.

b) Kemudian, pada box lain, taip ‘A video presentation’ -> klip ‘Insert’-> ‘movies and sounds’ ->’movies from file’.

c) Dalam box ‘insert movie’, klik fail yang dipilih untuk dimasukkan dalam powerpoint.

d) Peringatan! Movie yang diambil hendaklah dimasukkan dalam VCD dan telah didownload daripada internet dalam format mpeg.

http://www.mytemplatebox.com/products/preview/98/free-web-templates/Greeny-Grass.html