Teknik-teknik Microsoft Power Point 2003

1) Teknik Untuk Memulakan Power Point

a) Pilih background yang anda inginkan dengan menggunakan ‘design templates’. Caranya :

-klik ’slide show’ –> klik ‘animation scheme’ dan klik ‘design templates’. Kemudian, klik pada mana-mana rekaan yang anda mahu gunakan.

Anda boleh juga mencipta latar belakang sendiri atau menokok tambah objek pada latarbelakang anda. Bagi anda mempunyai ‘koleksi power point contoh’ umpamanya, bolehlah ‘copy’ bolder atau objek bergerak kemudian ‘paste’ pada power point presentation anda untuk dijadikan latar.

b) Klik pada ‘text layouts’ dan pilih jenis text yang mempunyai ruang tulisan ‘box’ sebanyak dua.

c) Klik pada ‘box’ pertama dan tulis tajuk.

d) Klik pada ‘box’ kedua dan tulis pengenalan diri iaitu nama dan nombor matrik. Jika tidak mencukupi atau tidak ingin menggunakan’ text layouts’ maka boleh menggunakan ‘text box’ yang terdapat pada bahagian ‘drawing’. Klik ‘text box’-> klik pada slide untuk dapatkan box dan tulis.

2) Teknik Menghasilkan Presentation Power Point Yang Menarik.

a) -Klik pada menu ‘new slide’

b) Tulis tajuk kecil dan isi-isi kandungan berkaitan dengan apa-apa yang hendak disampaikan. Caranya : klik ‘page layout ‘ yang bersesuaian-> klik pada box dan tulis maklumat.

c) Bagi menjadikan power point anda lebih menarik, gunakan box yang terdapat dalam ‘autoshapes’. Terdapat banyak pilihan bentuk rajah pada bahagian ‘autoshapes’ yang boleh dijadikan text box. Caranya : klik ‘autoshapes’ -> klik bentuk rajah yang anda inginkan -> pindahkan dengan klik pada slides dan sesuaikan saiznya. Bagi menulis sesuatu didalamnya, klik rajah tersebut dan mulakan penulisan anda. Anda boleh juga menceraikan rajah tersebut dengan teks tulisan anda. Caranya dengan menulis pada ‘text box’: klik ‘text box’ -> letakkannya dalam rajah tersebut dengan klik di dalam rajah-> Mulakan penulisan anda tanpa membesarkan terlebih dahulu text box tersebut. Ini penting bagi mengelakkan text box tersebut hilang.

d) Untuk memasukkan gambar, klik menu ‘insert’-> klik picture-> klik ‘from file’ (untuk gambar yang disimpan dalam komputer) atau klik ‘clip art’. Kemudian clip art box akan terpapar-> klik ‘organize clips’ pada box tersebut dan pilih gambar yang bersesuaian.

e) Kemudian, klik mouse kanan pada gambar tersebut -> klik copy.

f ) Kembali pada slide yang tadi, klik mouse kanan-> klik ‘paste’, maka gambar yang dipilih akan terpapar pada slide.

g) Untuk memasukkan ‘sound’, klik pada ‘insert’ -> klik pada ‘movies and sounds’ -> klik ‘sounds from file atau ‘sounds from clip organizer’. Kemudian pilih sound yang diingini dan klik pada sound tersebut.

d) Seterusnya, bagi mempelbagaikan cara mempersembahkan isi kandungan di dalam presentation, anda perlu menggunakan ‘custom animation’ . Penggunaan ini juga boleh membuatkan objek yang pegun boleh bergerakketika presentation. Dengan menggunakan custom animation, anda boleh mengeluarkan isi kandungan presentation anda satu persatu dan dengan pelbagai cara.

Sebagai contoh: pada mulanya klik ‘Other Task Panes’ di atas box ‘clip art’ tadi-> klik task ‘Custom Animation atau melalui menu, dengan klik slide show -> klik custom animation maka anda akan lihat beberapa ikon ‘custom animation’. Kemudian, klik pada mana-mana kotak tulisan dalam slide bagi mengaktifkan ikon ‘add effect’ -> klik ‘add effect’ dan anda akan lihat 4 pilihan ‘custom animation’, (pilih/klik ‘entrance’= membolehkan tulisan anda keluar secara satu-persatu) -> klik ‘fly in’. Seterusnya, pada ikon ‘modify’, terdapat ikon ‘start’ yang bermaksud (bagaimana anda mahu ia bermula), ‘Direction’ (dari arah mana mahu ia datang samada bawah, atas atau tepi) dan ‘speed’ (tahap kelajuan munculnya yang anda inginkan seperti laju, sangat laju atau sederhana). Jadi, tentukanlah mengikut kehendak dan kesesuaian presentation.

3) Langkah-langkah Untuk Memasukkan Video Klip.

a) Klik new slide, dan seperti biasa tulis tajuk dan isi kandungan dengan klik pada box.

b) Kemudian, pada box lain, taip ‘A video presentation’ -> klip ‘Insert’-> ‘movies and sounds’ ->’movies from file’.

c) Dalam box ‘insert movie’, klik fail yang dipilih untuk dimasukkan dalam powerpoint.

d) Peringatan! Movie yang diambil hendaklah dimasukkan dalam VCD dan telah didownload daripada internet dalam format mpeg.

Tinggalkan komen